Timbalan Ketua Pegarah (Pembangunan), Dato’ Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim Jom Sertai Enviro-Hunt Percuma sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia 2,000 peserta seluruh negara di jangka sertai Enviro Hunt sempena Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada 27 Oktober ini. Acara yang julung kali diadakan tampil dengan 3 kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Terbuka di mana para peserta akan melalui beberapa halangan yang disediakan mengikuti kategori masing-masing. 1 pasukan di anggotai seramai 5 peserta dan penyertaan ada percuma. Minggu Alam Sekitar Malaysia 2012 (MASM), ini dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar dan disambut dengan pelbagai aktiviti alam sekitar pada setiap tahun bagi memperkasakan program kesedaran alam sekitar dalam usaha mempertingkatkan amalan mesra alam di kalangan individu di Malaysia dengan kerjasama antara sektor awam, swasta, badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO). Timbalan Ketua Pegarah (Pembangunan), Dato’ Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim berkata selepas mempengerusikan Mesyuarat Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia berkata objektif utamanya untuk menyemai dan meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di negara ini. Bersempena dengan sambutan Mingggu Alam Sekitar Malaysia 2013, pelbagai acara telah dirancang seperti acara Dualthon Malakoff Powerman, Enviro-Hunt, Senamrobik, Pertandingan Debat Alam Sekitar, Pameran dan Jualan Produk Mesra Alam. "Bagaimanapun tarikan utama MASM diadakan, acara Enviro-Hunt yang disediakan adalah percuma," katanya di sini hari ini. “Majlis sambutan ini akan disempurnakan oleh Y.B. Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bertemakan “Perkongsian Pintar Kearah Kelestarian Alam Sekitar” selain turut melancarkan penjenamaan baru Rakan Alam Sekitar yang baru. “Penjenamaan baru RAS turut dibantu dengan adanya program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS) yang bermula pada 21 Oktober 2013 hingga 26 Oktober 2013 di kawasan-kawasan Parlimen seluruh Malaysia dan perhimpunan peserta-peserta JJMRAS akhirnya akan berkumpul di Putrajaya ”. “Sasaran penyertaan orang ramai untuk menyertai acara yang disediakan dinantikan dan pihaknya yakin sasaran sebanyak 20,000 tercapai katanya lagi. Selain daripada penyertaan percuma, sebanyak 2,000 T- Shirt, Medal dan Sijil Penyertaan akan disediakan kepada pasukan yang menyertai. Hadiah wang tunai turut disediakan kepada pasukan yang berjaya menghabiskan halangan yang disediakan dan pemenang diadili berdasarkan kepada tugasan yang diberikan sepanjang check-point yang disediakan. Bagi Kategori Sekolah Rendah juara akan membawa pulang Hadiah Wang Tunai RM400 beserta Piala Juara, kedua RM300, ketiga RM200 manakala 7 saguhati berupa Wang Tunai RM100. Bagi Kategori Sekolah Menengah juara akan membawa pulang Hadiah Wang Tunai RM500 beserta Piala Juara, kedua RM300, ketiga RM200 manakala 7 saguhati berupa Wang Tunai RM100. Bagi Kategori Terbuka juara akan membawa pulang Hadiah Wang Tunai RM600 beserta Piala Juara, kedua RM300, ketiga RM200 manakala 7 saguhati berupa Wang Tunai RM100. Pertandingan ini akan bermula jam 7.35 pagi dan peserta dikehendaki melapor diri jam 7 pagi untuk sesi taklimat. Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia program pada 26 Oktober 2013 (Sabtu) bermula jam 10.00 pagi di Khemah Urusetia Enviro Hunt, Kawasan Parkir Awam, Jabatan Alam Sekitar Malaysia Presint 4, Putrajaya hingga 6 Petang dan tuntutan Baju T, No. Hunt akan diagihkan pada hari berkenaan. Maklumat lanjut serta borang pertandingan boleh diperolehi di http://ras.doe.gov.my/portal/ atau http://envirohunt.weebly.com/ atau menghubungi urus setia di talian 019-6140275, 013-33947849, 019-9970221 dan 012-2846811 …tamat.. |
Timbalan Ketua Pegarah (Pembangunan), Dato’ Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim (kiri) dan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Dato' Abu Hassan Mohd Isa (Kanan) menunjukkan bunting promosi Enviro Hunt MASM yang menghimpunkan 2,000 peserta pada 27 Oktober ini.SASARAN PENYERTAAN:- 1 PASUKAN 5 PESERTA
CABARAN ENVIRO HUNT BERBENTUK XPLORACE DENGAN KAEDAH BERJALAN DAN BERLARI MENGUJI PARA PESERTA MENYELESAIKAN TUGASAN YANG DIBERIKAN (misteri) DAN KERJASAMA MELIBATKAN 5 PESERTA SEPASUKAN...SANTAI DAN CERIA...JOM RAKAN-RAKAN MERIAHKAN PROGRAM MASM 2013 |